Kerja-kerja baikpulih kabin sediaada kini telah 95% dapat disiapkan. Kerja baikpulih tersebut dijalankan selama 4 minggu iaitu pada setiap hari ahad secara bergotong royong. Kini hanya menunggu kerja-kerja penyambungan elektrik dan beberapa kerja kecil yang perlu dilakukan.
Bilik Gerakan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan pentadbiran KRT dan juga Pos Kawalan SRS pada minggu ke 2 bulan Februari ini. Bermula dari minggu tersebut Bilik Gerakan KRT Fasa Mawar/Dahlia akan menempatkan 2 orang petugas pada setiap malam bermula dari jam 9.00 mlm hingga 10.00 mlm.
Pihak pengurusan KRT merasakan perlu diadakan petugas di bilik tersebut bagi memudahkan penduduk yang ingin berurusan dan mendapatkan maklumat dari pihak KRT. Pihak pengurusan KRT ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli dan AJK yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam kerja-kerja pembaikan kabin berkenaan.
No comments:
Post a Comment