Pihak pengurusan KRT sedang dalam proses mengemaskini data penduduk Fasa Mawar/Dahlia. Oleh kerana penambahan jumlah penduduk di Fasa Mawar/Dahlia dan kekerapan Pengurusan KRT dikunjungi penduduk untuk mendapatkan senarai nama bagi tujuan edaran kad jemputan. Bagi mengatasi masaalah tersebut, Pengurusan KRT telah menjalankan semula bancian penduduk sepertimana "image" disebelah dan juga edaran yang telah diedarkan kepada para penduduk baru-baru ini.
Pihak pengurusan mengharapkan kerjasama dari seluruh Komuniti Fasa mawar/Dahlia agar dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan bancian tersebut. Semuga dengan adanya senarai penduduk yang terkini ianya dapat membantu para penduduk yang memerlukannya.Kerjasama dari para penduduk kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Nota:Borang bancian tersebut juga boleh di muat turun dari pautan yang disediakan dalam blog ini. ( Dalam ruangan site menu disebelah )
Di harapkan imej bancian penduduk di atas dletak secara standard form supaya dapat penduduk mengguna terus sebagai form joint bancian untuk mereka yang belum membuat demikian.Terima kasih
ReplyDeleteBoleh kongsikan template database tu tuan?
ReplyDelete