Monday, January 25, 2010

KAWASAN KRT FASA MAWAR/DAHLIA

Kawasan Rukun Tetangga Fasa Mawar/Dahlia diwartakan dikawasan yang mempunyai kediaman lebih kurang 483 buah rumah. Populasi penduduk adalah mejoriti Melayu, India dan diikuti Bangsa Cina. Lebih kurang 80% penduduk terdiri dari Bangsa Melayu. Dari segi kawasan yang diwartakan oleh pihak jabatan, ianya memudahkan KRT untuk menjalankan aktiviti dan juga rondaan SRS terutamanya.

Keseluruhan kawasan Taman Pulai Indah

Kawasan Pentadbiran KRT Fasa Mawar/Dahlia

SEJARAH PENUBUHAN

Secara ringkasnya Kawasan Rukun Tetangga Fasa Mawar/Dahlia, Taman Pulai Indah ditubuhkan pada tahun 2006. Berlandaskan kepada perpaduan dan persefahaman antara penduduk perlu diterapkan antara kaum, maka dengan sukarelanya beberapa penduduk diketuai oleh En.Nazeri Sarip telah merancang untuk menubuhkan KRT. Tanpa sokongan padu dari penduduk dan semangat berkerja secara sukarela oleh mereka, KRT di Fasa mawar/Dahlia tidak akan wujud hingga kehari ini.

Masaalah kerap terjadinya jenayah pecah rumah di sekitar Taman Pulai Indah juga menjadi faktor dan pendorong penubuhannya hingga ke hari ini. KRT Mawar/Dahlia terus bergiat aktif, hingga mendapat pujian dari Jabatan dan penduduk setempat. pelbagai aktiviti yang melibatkan perpaduan kaum dijalankan bersama.

Skim Rondaan Sukarela (SRS) merupakan nadi utama didalam KRT, dimana ianya memainkan peranan yang amat penting didalam memastikan keselamatan kediaman penduduk setempat. Kerjasama yang diberikan oleh penduduk dalam melaksanakan rondaan secara sukarela menjadi pendorong utama kepada kejayaan KRT.

Tuesday, January 19, 2010

BORANG MAKLUM BALAS

Tuan/puan boleh mengirimkan cadangan /pandangan melalui borang maklum balas yang disediakan dibawah berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Fasa Mawar/Dahlia. Maklumat dan pandangan pengirim akan di "publish" didalam blog ini sekiranya mendapat kebenaran dari pengirim sahaja. Gunakan ruangan ini dengan berhemah.

Nama

Email
Topik
Message

Wednesday, January 13, 2010

TATACARA DAN PROSES PERMOHONAN PENETAPAN KRT

PERMOHONAN DARIPADA PENDUDUK
a) Membuat surat permohonan penetapan Kawasan Rukun Tetangga kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
b) Mengisi Borang JPNIN (RT) 1/98 dan ditandatangani oleh wakil penduduk beserta dengan maklumat asas kawasan, cadangan senarai nama jawatankuasa penaja, minit perjumpaan dengan penduduk dan peta kawasan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.

TINDAKAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima surat permohonan penetapan kawasan rukun tetangga dan membuka fail.
b) Menghantar surat akuan terima permohonan penetapan kawasan rukun tetangga kepada wakil penduduk.
c) Mengaturkan Majlis Perjumpaan dengan penduduk dan mengadakan sesi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga.
d) Memohon sokongan Pegawai Daerah untuk penetapan kawasan rukun tetangga (kecuali negeri-negeri tertentu).
e) Menyediakan pelan lakar kawasan dan diskripsi sempadan kawasan rukun tetangga yang dicadangkan.
f) Mengemukakan Borang Permohonan JPNIN(RT)1/98, Maklumat Asas Kawasan, Senarai Cadangan Nama Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga, Peta Kawasan, Pelan Lakar Kawasan, Diskripsi Sempadan dan surat sokongan Pegawai Daerah (kecuali negeri-negeri tertentu) kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

TINDAKAN PENGARAH PERPADUAN NEGERI
a) Menyemak Borang Permohonan, maklumat serta dokumen yang dikemukakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian. Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPD/PPB untuk dilengkapkan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap ke Ibu Pejabat.

TINDAKAN PEGAWAI DI IBU PEJABAT
a) Merekod penerimaan dan menyemak permohonan penetapan kawasan
rukun tetangga.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri.
Kembalikan Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPN untuk dilengkapkan.
c) Membuat perakuan untuk kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
d) Menetapkan tarikh penguatkuasaan Notis Penetapan.
e) Mengemukakan Notis Penetapan kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan
Daerah/Bahagian.

PENGERTIAN LOGO KRT

Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:

Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.


2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.


Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.



Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.


Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

SEJARAH RUKUN TETANGGA

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.


Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.
Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Tuesday, January 5, 2010

DATABASE PENDUDUK

Salam Hormat Dan salam Perpaduan

Pihak pengurusan KRT telah merangka satu Pangkalan Data Penduduk, Inventori Peralatan dan Kehadiran Mesyuarat dengan mengunakan perisian MS Access bagi memuatkan butir-butir dan maklumat penduduk. Dengan adanya Pangkalan data tersebut ianya akan memudahkan lagi proses mengemaskini Data Bancian Penduduk yang sedang dijalankan.

Pihak pengurusan KRT akan terus merancang dan membangunkan beberapa Pangkalan Data bagi kegunaan pentadbiran. Semuga dengan terbinanya Pangkalan Data tersebut akan lebih memudahkan lagi urusan pengurusan KRT dan penyimpanan maklumat.

Antaramuka ( interface ) yang yang akan terpapar dahulu

Database yang disediakan seperti Maklumat Penduduk,
Inventori Peralatan dan Kehadiran Mesyuarat

Pautan dibahagikan mengikut lorong, pengguna
hanya perlu menekan butang mengikut lorong

Maklumat yang perlu diisi didalam borang bancian
dalam bentuk Database
Senarai maklumat setiap penduduk akan
dipaparkan dalam bentuk report/rekod

Nama penduduk akan disenarai ringkas
dalam satu report/rekod mengikut lorong

BANCIAN PENDUDUK

Salam Hormat dan Salam Perpaduan.

Pihak pengurusan KRT sedang dalam proses mengemaskini data penduduk Fasa Mawar/Dahlia. Oleh kerana penambahan jumlah penduduk di Fasa Mawar/Dahlia dan kekerapan Pengurusan KRT dikunjungi penduduk untuk mendapatkan senarai nama bagi tujuan edaran kad jemputan. Bagi mengatasi masaalah tersebut, Pengurusan KRT telah menjalankan semula bancian penduduk sepertimana "image" disebelah dan juga edaran yang telah diedarkan kepada para penduduk baru-baru ini.

Pihak pengurusan mengharapkan kerjasama dari seluruh Komuniti Fasa mawar/Dahlia agar dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan bancian tersebut. Semuga dengan adanya senarai penduduk yang terkini ianya dapat membantu para penduduk yang memerlukannya.
Kerjasama dari para penduduk kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Nota:Borang bancian tersebut juga boleh di muat turun dari pautan yang disediakan dalam blog ini. ( Dalam ruangan site menu disebelah )

PUSAT OPERASI SEMENTARA KRT

Salam Hormat dan Salam Perpaduan.
Sukacita dimaklumkan disini bahawa KRT Fasa Mawar/Dahlia kini dalam usaha membaikpulih bangunan kabin sediada untuk dijadikan Pusat Operasi Sementara. Urusan mendapatkan khidmat tukang dan penyumbang telah selesai dan kini hanya menantikan waktu yang sesuai untuk kerja baikpulih dijalankan.
Pihak pengurusan KRT telah memperuntukan sebahagian dari kewangan untuk disalurkan bagi tujuan berkenaan. Kerja-kerja baikpulih tersebut dijangkkan akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Januari 2010. Semuga dengan adanya pusat sementara tersebut, segala urusan berkaitan KRT akan dapat dijalankan dibangunan tersebut.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

Salam Hormat dan Salam Perpaduan.
Seluruh warga KRT Fasa Mawar/Dahlia ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2010 kepada seluruh warga penduduk Fasa Mawar/Dahlia Taman Pulai Indah Khususnya dan para pengunjung laman blog ini.
Semuga ditahun 2010 ini lebih memberi makna kepada kehidupan kita semua. InsyaAllah.