Wednesday, February 10, 2010

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga penduduk Fasa Mawar/Dahlia, Taman Pulai Indah dan juga AJK KRT mengucapkan Takziah kepada keluarga Mohd Irfan Bin Abdullah beralamat No 16, Jalan PI 5/8 diatas kembalinya ibu mertua beliau kerahmatullah pada pagi tadi ( 11hb Februari 2010 ). Diharapkan keluarga beliau dapat menerimanya dengan hati yang redha. Didoakan semuga Roh Allahyarhamah ditempatkan disisi orang-orang yang solleh...InsyaAllah.

Sunday, February 7, 2010

KUMPULAN ZAPIN KRT MAWAR/DAHLIA

Salam Hormat Dan Salam Perpaduan
KRT Mawar/Dahlia sedang dalam perancangan untuk mengadakan sebuah kumpulan zapin yang dianggotai oleh kanak-kanak dan pelajar sekolah. Pengurusan KRT mengalu-alukan sekiranya terdapat dikalangan penduduk Mawar/Dahlia yang berminat untuk membimbing dan mengajar anak-anak kita yang berminat untuk menyertai kumpulan zapin.

Kepada penduduk yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan penyelaras kumpulan zapin sila berhubung terus dengan AJK KRT bagi membincangkan penubuhan kumpulan berkenaan.

Thursday, February 4, 2010

KUMPULAN KOMPANG

Salam Hormat dan Salam Perpaduan
Pihak KRT Fasa Mawar/Dahlia Taman Pulai Indah akan mengadakan latihan kompang pada setiap hujung minggu ( Sabtu malam Ahad ). Latihan kompang akan diadakan dikhemah Bilik Gerakan KRT di Jalan PI 7/8. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan kompang dijemput hadir pada hari yang dinyatakan.

Penyertaan kumpulan kompang adalah terdiri dari kalangan bapa dan anak-anak penduduk Mawar/Dahlia sahaja. Semuga dengan adanya penyertaan dari kalangan bapa akan dapat menarik lebih ramai anak-anak muda untuk turut serta dalam kumpulan kompang yang dibentuk.

Memandangkan bilangan kompang yang sediaada terhad bilangannya,tuan diminta untuk membawa sendiri kompang. Pihak KRT juga amat mengalu-alukan sekiranya terdapat penduduk Mawar/Dahlia yang sudi untuk menjadi tenaga pengajar secara sukarela. Pihak KRT juga bercadang untuk mengadakan latihan silat pengantin sebagai pelengkap kepada keperluan sesebuah kumpulan kompang.